Thursday, 23 February 2012

Pendapat Saya Tentang Program DLS O_=

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya! Cerita saya untuk post kedua ni mengenai pendapat saya sendiri tentang program yangg saya ambil di Politeknik Seberang Perai iaitu Diploma In Logistic & Supply Chain Management (DLS). Sebenarnya kursus yang saya ambil ni bukan pilihan pertama saya semasa mengisi borang untuk masuk ke politeknik, seingat saya, saya meletakkan kursus ini pada pilihan kedua terakhir tapi orang cakap dah tertulis di Lohmahfuz yang saya akan dapat program pengajian ni. Sewaktu menyemak keputusan  kemasukan  ke politeknik secara atas talian semestinya saya terkejut dengan keputusan yang dikeluarkan, saya tertanya-tanya kursus ape yang saya dapat ni, ape logistik ni sebenarnya dan dari situ saya berada dalam dilema sama ada mahu menerima tawaran tersebut atau tidak kerana kedangkalan ilmu tentang program ini. Saya tanyakan kepada ahli keluarga saya mengenai kursus ni sama ada patut ke saya terima tawaran untuk kursus ni dan setelah meminta pendapat daripada ramai orang mengenai program ini, memandangkan ramai yang memberi komen yang positif saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran yang diberikan. Sebelum berangkat ke Pulau Pinang untuk menyambung pengajian di PSP saya ada membuat sedikit carian mengenai kursus yang ditawarkan dan saya dapati kursus ini dapat menjamin masa depan yang cerah dalam kerjaya kerana semua syarikat wajib mempunyai bidang ini. 

Apa yang saya jangkakan dari program DLS ni ialah dari segi pembelajarannya. Pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini diberitahu bahawa program ini baru sahaja diperkenalkan sekitar tahun 2008. Memandangkan program ini program baru saya menjangkakan subjek yang diperkenalkan sedikit senang berbanding kursus-kursus yang ada di PSP ni tapi sebenarnya tidaklah sesenang dan sesusah mana. Bagi saya program ini lebih kurang sama sahaja dengan program-program yang lain tapi subjek Fundamental of Logictic telah diperkenalkan untuk semester 1 mulai tahun 2012 iaitu tahun ini, sebelum ini subjek ini menjadi wajib kepada pelajarnya pada semester 2. 

Apa yang saya jangkakan dari program ni telah diberitahu dan sekarang saya nak cakap mengenai apa yang saya nak capai setelah tamat belajar nanti. Hmmmm... ape yang saya nak capai dari program ni memang kedengaran tipikal pada semua tapi itu lah tujuan masing-masing bila dah melangkah masuk ke IPT, harapan saya semestinya nak dapat 4 flat dan yang paling penting dapat beramal sepenuhnya dengan ilmu yang telah dituntut.  Apabila dah tamat diploma dalam kursus ini saya harap sangat dapat menyambung bidang ini ke peringkat ijazah pula. Saya selalu cakap pada diri sendiri yang saya kena menggenggam sekurang-kurangnya ijazah di dalam tangan tak kira lah saya belajar mengenai apa sekalipun dan saya harap dapat mencapainya juga suatu hari nanti atas keizinan Allah. Mungkin artikel ni agak panjang dan saya mohon maaf jika yang membaca post saya ni merasakannya agak bosan tapi inilah saya menulis dari apa yang saya rasakan di sudut kecil hati ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari kesilapan saya dan segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T.  ;]


Wednesday, 22 February 2012

Melakukan Sesuatu yang Baru :)

Assalamualaikum dan selamat berkenalan semua. Mula-mula nak cakap yang saya baru saja buat blog ni. Sebenarnya sebahagian daripada kerja kursus saya untuk subjek computer application. Jadi faham-faham saja lah ya kalau tak buat maknanya saya boleh terkurang markah dalam penilaian berterusan  dan boleh memberi kesan kepada pointer untuk final nanti. Al maklum lah subjek ni kan tak masuk periksa jadi nak atau tak kena buat juga untuk membantu menaikkan pointer saya. Sejujurnya tak terfikir dan tak terniat langsung nak buat blog sebab tak minat nak menaip tapi adatlah kan manusia ni selalu kena buat benda yang diaorang tak suka temasuklah saya. Termengeluh la pula, minta maaf ya. Sekian daripada saya wabillahitaufikwalhidayah assalamualikumwarahmatullahiwabarakaaaaatuh.... ^=^